96597

Foto Intim Tular, Lady Gaga Tayang Kekasih Baharu - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi Lady Gaga kembali menjadi perhatian apabila memuat naik gambar intim bersama seorang lelaki dipercayai kekasih baharunya.

Menerusi gambar berkenaan, Gaga dilihat duduk di atas pangkuan lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Michael Polansky ketika mereka sedang bercuti di atas sebuah kapal layar mewah di Miami.

“Kami sangat gembira ketika di Miami. Salam sayang buat peminatku! Anda terbaik,” tulisnya ringkas.

Beberapa keping foto Gaga dan teman lelakinya yang juga merupakan seorang usahawan sedang bercumbu di balkoni sebuah hotel mewah di Miami menjadi tular di media sosial pada Sabtu lalu.

Pasangan kekasih ini pernah dilihat bercumbu dan berpegangan tangan ketika sambutan tahun baharu di Las Vegas pada Disember tahun lalu.

Pemenang anugerah Grammy sebelum ini mendedahkan mengenai rancangannya pada tahun 2020 iaitu untuk memiliki keluarga dan anak sendiri.

Gaga sebelum ini pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Taylor Kinney namun berpisah pada Julai 2016.

Gaga kemudiannya bercinta dengan Christian Carino pada 2017 namun hubungannya itu hanya bertahan sehingga Februari 2019.

Sebelum menemui Michael, Gaga juga pernah bercinta dengan seorang jurutera bunyi, Dan Horton namun berpisah pada Oktober tahun lalu. – USWeekly.com

Kredit artikel dan gambar: mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!