97625

Foto Laudya Cynthia Bella dan Suami Pakai Penutup Mulut dan Hidung Cetus Pertanyaan Netizen - Suria FM - Segalanya Hiburan

KEBELAKANGAN ini kisah rumah tangga pelakon Laudya Cynthia Bella dan suami Engku Emran menjadi perbualan hangat netizen.

Malah, peminat terus membuat pelbagai spekulasi berhubung rumah tangga mereka yang dikatakan sedang bergolak.

Lebih-lebih lagi apabila Laudya enggan berkongsi foto suami di laman Instagram dan mengunci mulut mengenai status rumah tangga mereka.

Menurut laporan Grid.ID, salah satu akaun Instagram peminat telah berkongsi foto Laudya bersama suami sambil mengenakan penutup hidung dan mulut.

Perkongsian itu membuatkan peminat teruja dan menganggap hubungan pasangan ini masih dalam keadaan baik.

“Stay safe ya kalian semua. Semoga virus Covid-19 segera hilang dan pergi jauh dari negara kita” tulis akaun peminat itu.

Namun begitu ada pengikut memberitahu foto itu bukanlah gambar terbaharu mereka.

“Gambar baru ke ni?

“Foto lama ini. Semoga ada foto-foto baru kamu berdua,” komen pengikut.

Laudya dan Engku Emran berkahwin pada 8 September 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Kredit artikel dan gambar: mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...