88512

Foto Selena Gomez Pecah Rekod Instagram - Suria FM - Segalanya Hiburan

Ratu Instagram, Selena Gomez sekali lagi memecahkan rekod untuk aplikasi foto paling popular di dunia itu.

Foto terbaru yang dimuatnaik Selena sempena dengan hari lahirnya telah mendapat lebih dari 1 juta ‘likes’, hanya dalam masa kurang dari 13 minit.

Malah dalam masa kurang dari 24 jam, foto itu telah berjaya meraih lebih dari 8 juta ‘likes’ sekaligus memadamkan rekod Beyonce yang pernah memegang rekod berkenaan pada tahun lalu.

Namun perkara itu adalah tidak mengejutkan bagi seseorang seperti Selena kerana beliau sebenarnya adalah individu yang paling banyak pengikut Instagram di dunia.

Setakat ini Selena mempunyai pengikut di Instagram sebanyak 139 juta pengikut.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!