72636

Gadis Litar Terakhir - Suria FM - Segalanya Hiburan

Satu lagi sejarah tercipta buat pereka fesyen duo negara, Rizman Ruzaini apabila mereka menjadi pereka fesyen yang terakhir untuk mereka baju rasmi gadis litar sempena perlumbahan akhir Formula Satu Sepang 2017.

Tahun ini merupakan tahun yang ke 19 dan yang terakhir perlumbaan Formula Satu akan dianjurkan di Malaysia.

screen-shot-2017-09-26-at-12-43-42-am

Rizman dan Ruzaini sewaktu ditemui di pertunjukan khas baju gadis litar ini berkata, mereka sangat gembira dan berbangga kerana salah satu impian mereka dalam bidang rekaan fesyen telah tercapai.

“Sebenarnya sudah lama saya teringin nak reka baju untuk gadis litar Formula Satu sejak dari saya sekolah menengah lagi. Ini adalah salah satu impian saya dan ia telah pun menjadi realiti.

Apa yang saya cuba tampilkan hari ini adalah mengikut apa yang saya dan Rizman sendiri mahu curahkan”, jelas Ruzaini.

screen-shot-2017-09-26-at-12-44-54-am

Tampil dengan dua rekaan eksklusif untuk edisi terakhir ini, Rizman dan Ruzaini mengambil inspirasi dari Baju Kurung kedah dan Baju Kebaya sebagai asas rekaan baju ini.

screen-shot-2017-09-26-at-12-46-08-am

“Kami membuat kajian agak lama untuk menghasilkan rekaan ini. Kami melihat kembali rekaan-rekaan yang pernah dihasilkan oleh pereka terdahulu.

Kami mahu buat sesuatu yang belum pernah dihasilkan. Sebab itu kami bermain dengan potongan serta penggunaan fabrik jenis renda untuk tampil berlainan”, jelas Rizman.

screen-shot-2017-09-26-at-12-45-55-am

Penggunaan material seperti ‘crepe’ digunakan demi memastikan kesemua gadis litar berada dalam keadaan selesa kerana mereka perlu berada di litar seawal jam 6 pagi hingga 5 petang.

Kesemua 64 baju yang dihasilkan adalah mengikut potongan badan setiap seorang gadis-gadis litar itu sendiri.

screen-shot-2017-09-26-at-12-48-38-am

Bukan sahaja mereka pakaian, Rizman dan Ruzaini turut mereka kasut yang bakal dipakai oleh gadis-gadis itu nanti.

“Kasut adalah pelengkap gaya kepada gadis-gadis litar ini nanti. Pihak Petronas ada memberi panduan kalau hendak mereka kasut, harus bersesuaian dengan cuaca panas di litar sepang. Kita guna fiber untuk bahagian bawah dan bukannya getah”.

screen-shot-2017-09-26-at-12-50-18-am

Tambah Rizman lagi, mereka bukan sahaja mereka pakaian untuk gadis-gadis itu nanti, tetapi turut menentukan aspek penggayaan setiap gadis-gadis litar itu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Mereka akan berkampung di litar Sepang selama 3 hari bermula dari 29 September hingga 1 Oktober.

Kredit Foto : Instagram Rizman Ruzaini (Diambil oleh Saufi Nadzri)

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!