72301

Gambar Bazli UNIC Bersama Anaknya Buat Netizen Sebak - Suria FM - Segalanya Hiburan

Umum mengetahui kumpulan UNIC baru sahaja dinobatkan sebagai juara Gema Gegarvanganza musim pertama Ahad lalu.

screen-shot-2017-05-23-at-12-03-37-pm

Apa yang membuatkan ramai tersentuh, ialah apabila melihat gambar beserta kapsyen menyayat hati yang dimuatnaik di akaun Instagram milik Bazli UNIC.

screen-shot-2017-05-23-at-12-11-57-pm

Di dalam gambar itu, Bazli dilihat menunjukkan trofi kemenangan beliau kepada anaknya Syahid yang menghidap penyakit kanser lymphoma.

Dalam kapsyennya yang panjang lebar itu, Bazli meluahkan perasaannya bertungkus-lumus berjuang selama tujuh minggu di dalam pertandingan itu di samping perlu memberi perhatian kepada anaknya.

unnamed-6Bazli juga turut menjelaskan bahawa ini adalah kemenangannya mengurus emosi kerana bergelut dengan jadual latihan persembahan serta menguruskan anaknya yang terlantar sakit di hospital.

Ramai netizen yang meninggalkan ucapan tahniah serta tersentuh melihat perjuangan Bazli serta anaknya Syahid.

unnamed-7unnamed-8

 

unnamed-9unnamed-10

Kami di Suria mendoakan semoga Syahid cepat sembuh dan Bazli sekeluarga dilimpahkan rezeki yang luas oleh yang Maha Esa.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!