91230

Gambar Pernikahan Priyanka & Nick Jonas Dijual Pada Harga USD2.5 Juta - Suria FM - Segalanya Hiburan

Biarpun belum melangsungkan majlis Pernikahan, namun dikhabarkan bahawa gambar pernikahan Priyanka Chopra dan Nick Jonas telah pun dijual pada harga USD2.5 juta.

Hak untuk menyiarkan gambar eksklusif pernikahan dua selebriti terkenal dunia itu dikatakan telah dijual kepada sebuah majalah antarabangsa.

Terdapat pelbagai syarikat penerbitan yang membida untuk mendapatkan hak eksklusif itu. Namun Priyanka dan Nick masih merahsiakan nama majalah yang dipilih mereka.

 

Pasangan ini akan bernikah pada 2 Disember ini di sebuah istana yang terletak di India.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!