90700

Gandingan Serasi Trio Suria Petang Dipuji Hilangkan ‘Stress’ Pendengar - Suria FM - Segalanya Hiburan

Gandingan panas dan serasi trio SURIA Petang yang dianggotai oleh Tyzo, Suraya dan Rara telah berjaya mencuri hati pendegar SURIA FM.

Menerusi kemas kini terbaru Tyzo di Instagram, seorang pendengar yang dikenali sebagai Nadhally telah memuji gandingan ketiga-tiga penyampai SURIA Petang itu.

Katanya, sudah lama dia tidak mendengar Suria Fm, namun baru-baru ini sewaktu pulang dari Bali dia telah mendengar gandingan trio Suria Petang sewaktu dalam perjalanan pulang.

Tambahnya cara mereka bertiga berkomunikasi dengan gurauan masing-masing benar-benar membuatkannya gembira dan dapat menghilangkan ‘stress’ apabila mendengar sewaktu bekerja.

Di ruangan komen pula, ramai netizen yang juga pendengar setia SURIA Petang turut memuji ketiga-tiga trio itu.

Mereka turut memuji sikap Tyzo yang rajin membalas setiap komen-komen peminat kepadanya.

Tahniah SURIA ucapkan kepada trio Suria Petang iaitu Tyzo, Suraya dan Rara kerana telah berjaya mencuit hati pendengar radio dan menghilangkan ‘stress’ mereka.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!