72722

Gara-Gara Kasut Tumit Tinggi, Zara Zya Tak Boleh Berjalan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Gara-gara sering memakai kasut bertumit tinggi, pelakon popular Zara Zya terpaksa menanggung kesakitan apabila kaki dan tulang belakangnya sakit sehingga tidak boleh berjalan.

Zara telah memuatnaik gambarnya yang terlantar sakit dan sedang duduk di atas kerusi roda beserta kapsyen yang menjelaskan tentang kesihatannya.

screen-shot-2017-10-27-at-2-15-57-pm

Dalam kapsyen itu, Zara memberitahu bahawa apa yang terjadi kepadanya adalah kerana sering memakai kasut bertumit tinggi.

Disebabkan kejadian itu, Zara terpaksa berehat sebentar daripada menjalani penggambaran.

Zara turut menasihati kepada pengikutnya supaya kurangkan memakai kasut bertumit tinggi supaya tidak mengalami nasib sepertinya.

SURIA doakan semoga Zara cepat sembuh ya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!