72302

Gara-gara Kontroversi Nora Danish, Lagu Waris Makin hiburan - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-05-18-at-6-21-36-pm

Penyanyi Rap tempatan yang terkenal dengan alunan rap dalam loghat Negeri Sembilan, Waris muncul dengan album terbaru berjudul Alumni. Album penuh yang mengandungi 10 buah lagu itu merupakan album keduanya selepas album “Rembau Most Wanted” yang diterbitkan sekitar tiga tahun lalu.

Beberapa single daripada album ini telah pun mendapat putaran radio seperti ‘Ada Saja’ yang menampilkan pelakon jelita, Amyra Rosli dan lagu ‘Tepuk’ yang didedikasikan kepada anaknya Muddassir. Walau bagaimanapun lagunya bersama Nora Danish yang berjudul ‘Ini Lagi Boom’ tidak dimasukkan ke dalam album ini. Menurut Waris, lagu tersebut merupakan single yang diterbitkan di bawah projek yang berbeza, dan tidak termasuk dalam perancangan album Alumni.

“Sungguhpun begitu, lagu bersama Nora Danish itu mula mendapat permintaan yang tinggi sesudah kontroversi Nora dan Fasha Sandha baru-baru ini. Tapi, saya ingin tegaskan apa yang berlaku di antara mereka, biarlah antara mereka sahaja dan tidak babitkan diri saya. Saya hanya melakukan kerja saya sebagai penyanyi rap. Dan sekiranya kontroversi itu menaikkan lagi permintaan lagu saya dengannya, itu hanyalah kebetulan yang saya anggap menguntungkan tanpa disedari,” jelas Waris ketika ditemui di majlis pelancaran albumnya di Kelana Jaya baru-baru ini.

whatsapp-image-2017-05-19-at-3-08-29-pm

Waris juga memberitahu yang dia menghasilkan album penuh kerana mahu album-albumnya menjadi kenangan di masa hadapan. Malah album Alumni hanya diterbitkan dalam bentuk digital sahaja, dan bentuk fizikal hanya dicetak beberapa keping untuk tujuan promosi semata-mata.

Biarpun menyedari bahawa tidak ramai artis yang sanggup mengeluarkan album penuh gara-gara keadaan ekonomi semasa, Waris yakin albumnya ini akan mendapat tempat di hati peminat setianya. Album Alumni sudahpun berada di pasaran dan boleh didapati melalui platform-platform digital yang sedia ada.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!