71762

Gary Tinggalkan Running Man - Suria FM - Segalanya Hiburan

Akhirnya, selepas 6 tahun bersama Running Man, Gary akhirnya bakal meninggalkan program itu. Menurut laporan, Gary pada awal tahun ini sudah menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Running Man kerana ingin fokus kepada karier muziknya.

Biarpun dipujuk oleh staf dan pelakon-pelakon lain, Gary tetap dengan pendiriannya.

Saya mahu menghabiskan masa lebih banyak untuk muzik, saya mahu belajar lebih tentangnya“, kata Gary baru-baru ini.

Running Man menghormati keputusan Gary itu menerimanya dengan rela hati.

201311291139377660_h
Kami dengan jujur mahu berterima kasih kepada Gary kerana selama enam tahun meletakkan segala-galanya untuk Running Man. Gary mahu fokus kepada kariernya dalam menjadi ahli muzik dan kami mengucapkan yang terbaik untuknya.“, kata staf produksi Running Man dalam satu kenyataan.

Gary menjadi salah seorang dari pelakon asal siri tersebut semenjak Julai 2010 lagi dan dia akan menjalani set terakhirnya pada 31 Oktober ini.

Sumber: Siakap Keli

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!