86566

Gaun Perkahwinan Puteri Meghan Dikritik - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sabtu lalu telah berlangsung perkahwinan diraja diantara putera diraja England, Putera Harry dan Meghan Markle yang diraikan penuh adat isitadat diraja British.

Sebelum majlis perkahwinan bermula, ramai rakyat dari seluruh dunia ternanti-nanti gaun bagaimana yang akan disarung oleh Meghan di hari bahagianya.

Melihat sejarah perkahwinan Putera William dan Kate Midlleton terdahulu, gaun Kate mendapat pujian ramai sehingga digelar gaun ikonik abad ini.

Namun ramai yang nyata kecewa dengan gaun perkahwinan Meghan. Gaun yang direka oleh Clare Waigth Keller dari rumah fesyen Givenchy itu dilihat terlalu ringkas dan polos.

Malah jahitan gaun itu juga dikritik kerana dikatakan tidak melekap cantik pada tubuh Meghan.

Pereka fesyen terkenal Malaysia Datuk Rizalman turut mempersoalkan cara jahitan gaun Meghan itu di Instagramnya.

Bagi seorang yang bakal bergelar puteri diraja, ramai yang memberi harapan yang tinggi untuk gaun perkahwinan Meghan dan mengharap gaun itu bakal menjadi ikonik dan setanding dengan birasnya Kate Middleton.

Dandanan rambut serta solekan Meghan juga menjadi bualan ramai kerana dilihat terlalu ‘messy’ dan biasa.

Rumah fesyen Givenchy telah memuatnaik lakaran rekaan gaun Meghan di Instagram rasmi mereka. Ramai yang memberi komen bahawa lakaran itu kelihatan lebih menawan dari hasilnya yang sebenar.

Tetapi Meghan telah pun selamat menjadi isteri kepada Putera Harry dan kisah gaun perkahwinannya akan kekal menjadi sejarah selama-lamanya. Semoga mereka berdua hidup bahagia sehingga ke anak cucu.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!