90950

Gelagat Cik Piah Dalam Video Dikir Anta Permana Curi Perhatian Netizen - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bagi anda yang sudah menonton video Dikir Anta Permana diantara Dato’ Sri Siti Nurhaliza bersama penyampai-penyampai SURIA, pasti anda akan perasan gelagat Cik Piah yang sangat lincah beraksi.

Rupanya gelagat pengendali segmen Gaya SURIA itu telah mencuri tumpuan ramai netizen yang terhibur melihat aksi ibu beranak dua itu.

Ramai yang terhibur melihat aksi luar biasa Cik Piah yang agak gila-gila ketika berdikir Anta Permana.

Malah ada yang menyamakan aksi yang dilakukan Cik Piah dalam video itu saling tak tumpah seperti bomoh yang sedang ‘menurun’.

Amboi sampai macam tu sekali ya Cik Piah disamakan oleh netizen. Tapi memang lucu bila lihat aksi-aksi Cik Piah ni kan? Pada anda yang belum tonton lagi Dikir Anta Permana ini, apa kata anda tonton di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!