72165

Gelagat Lara Alana Ketika Di Set Penggambaran Mencuit Hati Netizen. COMEL! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebut sahaja nama Lara Alana pasti ramai yang sudah mengenali puteri kepada pasangan selebriti iaitu Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya yang banyak karenahnya.

lara-alana

Sesiapa sahaja yang mengikuti akaun Instagram Lara pasti akan sentiasa tersenyum dengan telatah bijaknya yang dirakam untuk tontonan umum.

13437232_142245459527917_472545069_n-1024x768

Sebelum ini Awal dan Scha sering menerima kecaman hebat dari sesetengah netizen yang beranggapan bahawa mereka seperti ‘menjual’ anak demi keuntungan diri sendiri.

img_0368%5b1%5d

Walau bagaimanapun, isu itu telah pun dinafikan sendiri oleh Awal dan Scha kerana bagi mereka, tiada salahnya Lara menerima apa-apa tawaran asalkan ia bersesuaian dan segala pembayaran yang diterima oleh Lara adalah untuk simpanannya masa hadapan.

Satu keluarga masuk air. 😂 #yakultmalaysia @yakultmalaysia #schawalara

A post shared by Awal Ashaari (@awalashaari) on Apr 9, 2017 at 8:51am PDT

Baru-baru ini Awal ada memuat naik video mereka sekeluarga ketika sedang menjayakan sebuah iklan produk minuman dan video itu berjaya mencuit hati netizen yang melihat gelagat comel si kecil ini.

312

Tipulah kalau kami di SURIA kata kami tak tersenyum apabila melihat video itu. Boleh dikatakan Lara sememangnya mempunyai sifat yang sentiasa ceria dan tidak hairanlah beliau mempunyai pengikut sebanyak 2.7 juta lebih.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!