72641

Genap Usia 34 Tahun, Nur Fazura Sedia Berkahwin - Suria FM - Segalanya Hiburan

Meraikan ulang tahun kelahiran yang ke 34 pada 27 September 2017, pelakon popular, Nur Fazura boleh dikatakan sudah memiliki segalanya dalam karier seninya.

Di usia 34 tahun, Fazura sudah membintangi banyak filem dan drama popular, wajahnya juga sering dipilih sebagai duta pelbagai produk termasuk produk antarabangsa.

screen-shot-2017-09-28-at-3-06-02-pm

Wanita bercita-cita tinggi ini juga sudah merasai nikmat menggenggam trofi Pelakon Wanita Terbaik di dalam tangannya. Justeru , apa lagi yang didambakan oleh Nur Fazura dalam hidupnya?

coo4qfqucaess5k

Fazura sewaktu ditemui di majlis pelancaran produk kecantikan dan kesihatan TruDolly berkata, mungkin kerjayanya yang kelihatan luar biasa, tetapi tidak bagi dirinya yang sebenar.

“Apabila saya balik rumah dan tanggalkan solekan, saya adalah orang biasa.

Apa lagi yang saya inginkan? Mungkin sudah tiba masa untuk saya mencari pasangan. Orang pun ramai yang mendoakan, Inshaallah kalau dah sampai masa, kalau dah bertemu jodoh mungkin saya sudah bersedia”, jelasnya.

screen-shot-2017-09-28-at-3-08-34-pm

Tambah Fazura lagi, tiada lelaki yang berani mendekatkan diri dengannya kerana sering sibuk dengan kerja.

Kebelakangan ini beliau sering dilihat rapat bersama Fattah Amin, kata Fazura mungkin disebabkan mereka selalu digandingkan bersama menjadikan mereka rapat.

whatsapp-image-2017-09-27-at-7-01-09-pm-1

Pada majlis pelancaran produk Tru Dolly itu, turut diserikan dengan majlis sambutan hari lahir Fazura dimana Fazura mendapat kejutan dari Fattah Amin yang menghadiahkannya 500 kuntum bunga mawar.

Bertuah Fazura kerana ramai yang menyayangi dirinya. Suria doakan semoga Fazura cepat-cepat ditemukan jodoh dan terus berjaya dalam karier.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!