72578

Gigi Hadid & Zayn Malik Rai Aidiladha Bersama - Suria FM - Segalanya Hiburan

Supermodel terkenal dunia, Gigi Hadid dan kekasihnya yang merupakan penyanyi pop terkenal dunia, Zayn Malik telah menyambut perayaan Aidiladha bersama ibu masing-masing.

screen-shot-2017-09-05-at-1-20-13-pm

Ibu Gigi iaitu Yolanda Hadid telah memuatnaik gambar mereka bersama-sama meraikan Aidiladha. Turut berada dalam gambar berkenaan adalah ibu kepada Zayn.

screen-shot-2017-09-05-at-1-20-35-pm

Gambar tersebut turut dimuatnaik oleh ibu Zayn di Instagram miliknya beserta kapsyen ucapan selamat menyambut Aidiladha. Ibunya turut memuatnaik gambar Zayn yang mencukur botak rambutnya.

screen-shot-2017-09-05-at-1-20-50-pm

Gigi dan Zayn kedua-duanya adalah beragama Islam. Gigi pernah membuat kenyataan bersama adiknya yang juga merupakan seorang model, Bella Hadid bahawa mereka sangat bangga menjadi seorang Muslim.

screen-shot-2017-09-05-at-1-21-12-pm

Kedua-dua keluarga ini kelihatan begitu mesra di antara satu sama lain. Semoga hubungan cinta Gigi dan Zayn akan berkekalan sehingga ke alam perkahwinan.

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!