
/wp-content/uploads/2017/11/23011217/Screen-Shot-2017-10-17-at-1.28.30-PM.png)
Perkhemahan sering menjadi pilihan mereka yang sukakan aktiviti lasak dan yang ingin merasai kenikmatan keindahan alam semula jadi. Kebiasaannya aktiviti ini sering dilakukan di dalam hutan ataupun kawasan bukit atau gunung.
Namun tidak semua yang gemarkan aktiviti perkhemahan kerana sering beranggapan bahawa ia sesuatu yang remeh dan tidak selesa.
Lazimnya jika melakukan aktiviti seperti ini, anda perlu memiliki kemahiran berdikari kerana perlu memasang sendiri khemah serta menjalani aktiviti seharian seperti memasak, mandi dan tidur berlantaikan tanah.
Disebabkan itu ramai yang memilih untuk tidak terlibat dengan aktiviti sebegini sedangkan ia sesuatu aktiviti yang sangat menyeronokkan.
Terbaru, taman tema terkenal Lost World Of Tambun telah memperkenalkan konsep perkhemahan terbaru yang diberi nama Glamping. Glamping semakin mendapat tempat di hati orang ramai kerana ia bukanlah seperti perkhemahan yang biasa.
Disini khemah yang disediakan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan persis tidur di dalam hotel.
Sebuah khemah disini boleh menempatkan lebih dari 4 orang. Dua katil bujang dan satu katil kembar bersaiz queen disediakan di dalam khemah ini.
Khemah disini turut menyediakan dua kipas angin malah anda turut boleh mengecas peralatan eletronik anda disini kerana ia turut menyediakan soket untuk mengecas.
Terletak di bahagian hujung taman tema, anda pasti teruja melihat persekitaran kawasan glamping ini. Ia berada berdekatan dengan tasik dan dikelilingi bukit dan keindahan flora yang begitu memukau pandangan.
Bilik air juga sangat bersih dan terletak tidak jauh dari tapak perkhemahan anda.
Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini. Bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak, apa kata anda cuba untuk memanjat batu atau Via Feratta setinggi bangunan lima tingkat.
Biarpun agak memenatkan, namun ia memberikan kepuasan yang tidak terhingga saat anda berjaya sampai ke atas.
Jika memanjat batu terlalu ekstrem untuk anda, apa kata anda cuba aktiviti ‘flying fox’ atau Zip Line merentasi tasik. Zip Line sepanjang 120 meter ini boleh dinaiki seramai 4 orang sekali gus. Jadi tiada alasan lagi untuk anda tidak mencuba!
Jika anda seorang yang gemarkan sesuatu yang lebih mencabar, anda boleh cuba untuk meneroka di ‘6 Miles Tunnel’ atau terowong 6 batu. Untuk mencapai ke terowong ini, anda perlu meredah tasik dan perlu berjalan di dalam air yang mengambil masa kira-kira 3 jam pergi dan balik.
Sepanjang bulan Oktober, Lost World Of Tambun telah menganjurkan aktiviti ‘Spooky Halloween’ sempena dengan sambutan Halloween.
Bagi anda yang suka untuk menakutkan diri, jangan lupa untuk masuk ke rumah hantu di ‘Spooky Alley’
Pelbagai jenis hantu yang berada di dalam rumah hantu ini. Hati-hati dengan badut persis dalam filem seram Hollywood yang bisa mengggangu tidur malam anda!
Atau anda boleh ke Haunted Chamber untuk menguji tahap ketakutan anda dengan hantu-hantu yang popular di nusantara seperti pontianak, pocong, toyol dan banyak lagi yang bisa membuat bulu roma anda berdiri tegak!
Aktiviti malam di sini agak meriah ditambah dengan pertunjukan tarian api oleh penari-penari profesional.
Suria diberi kesempatan untuk mencuba makan malam dalam suasana yang penuh menyeramkan dan mendebarkan.
Kami dibawa ke kawasan makan malam menaiki kereta api beramai-ramai. Tiba di satu kawasan, kereta api diberhentikan malah lampu juga dipadamkan.
kami berada di tengah-tengah kawasan rimba yang hanya ditemani kepekatan malam. Tiba-tiba kami disergah dengan hantu-hantu yang menyeramkan. Seluruh kawasan berkenaan bergema dengan suara jeritan pengunjung. Sungguh mendebarkan!
Seusai tiba di kawasan makan malam yang terletak berhampiran tasik, kami disambut dengan pelayan yang berwajah seperti hantu.
Diatas meja sudah tersedia hdangan pembuka selera yang berbentuk seperti tulang ayam. Sedang leka menjamu pembuka selera, tiba-tiba kami dikejutkan dengan kedatangan hantu-hantu yang membawa makanan untuk dihidangkan.
Makanan yang disediakan mengikut tema Halloween. Malah ada makanan yang berbentuk jari manusia yang begitu menyeramkan!
Kawasan sekeliling juga dihiasi dengan labu-labu yang diukir persis perayaan Halloween di bumi Hollywood.
Menariknya di Lost World Of Tambun ini, terdapat taman tema air yang menggunakan air panas. Jadi anda boleh meneruskan keriangan bermandi manda di malam hari di Hot Spring & Spa by Night.
Antara aktivti menarik yang boleh anda lakukan di sini ialah melawat kawasan zoo untuk melihat pelbagai jenis kehidupan fauna yang menarik.
Anda pasti teruja tatkala melangkah masuk ke sini.
Di pintu hadapan sahaja anda akan disambut dengan rakun-rakun yang begitu comel dan gebu. Anda boleh memberi mereka makan dan mereka sangat jinak. Sungguh mencuit hati!
Jangan berhenti separuh jalan, kerana di anda berjalan ke bahagian dalam anda akan temui satu kawasan yang sungguh cantik ibarat di dalam filem Jurassic Park.
Disini anda akan berpeluang melihat keindahan flora dan fauna yang begitu mengasyikkan.
Anda juga berpeluang melihat monyet atau kera yang turun dari kawasan bukit untuk mengambil makanan yang disediakan. Sungguh menghiburkan!
Dipenghujung kawasan zoo ini anda akan ke sebuah gua yang menempatkan tarantula atau labah-labah. kawasan ini dibina dengan sangat cantik.
Sekali lagi anda akan terasa bagaikan berada di dalam filem hebat Hollywood!
Ada satu lagi tempat menarik untuk anda melihat haiwan seperti Badak Air dan Buaya.
Ia terletak di bahagian hujung taman tema berdekatan dengan kawasan tasik dan tapak perkhemahan Glamping.
Selain itu anda juga boleh melawat kandang harimau dan juga zirafah. Pengunjung berpeluang melihat harimau berenang serta menonton pertunjukan memberi raja rimba itu santapan.
Pendek kata, Lost Word Of Tambun adalah pilihan yang paling tepat untuk anda merasai keseronokkan dan rasai pengalaman pengembaraan yang luar biasa dan lari dari kesibukan kota.
SURIA mempunyai berita baik untuk anda. Kami ingin berikan dua tiket untuk anda merasai sendiri pengalaman GLAMping di Lost World Of Tambun ini beserta aktiviti-aktiviti yang menarik disini. Ikuti Instagram Suria Malaysia untuk tahu bagaimana anda boleh memenangi hadiah ini.