100198

Gucci Mane Kongsi Berita Gembira Isteri Hamil, Kehidupan Semakin Sempurna - Suria FM - Segalanya Hiburan

SELEPAS tiga tahun berkahwin, penyanyi rap Gucci Mane dan usahawan terkenal Keyshia Ka’Oir bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Memetik laporan Hollywoodlife, Keyshia berkongsi perkara itu dengan memberi bayangan menerusi foto yang dimuat naik di laman Instagram dan Twitter miliknya.

Malah menerusi laman Twitter Gucci turut mengesahkan perkara itu dan menganggap kehidupan mereka suami isteri semakin bahagia dengan kehadiran anak pertama mereka tidak lama lagi.

“Isteri saya yang cantik sedang hamil. Kehidupan sangat bagus @KeyshiaKaoir,” tulis Gucci di laman sosialnya.

Gucci atau nama sebenarnya Radric Delantic Davis dan Keyshia mengikat tali pertunangan pada 22 November 2016 selepas menjalinkan hubungan cinta sejak 2010.

Pasangan ini akhirnya mendirikan rumah tangga pada 17 Oktober 2017.

Kredit gambar dan artikel mStar dan Hollywoodlife

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!