94642

Hadiah Istimewa Nu’est Untuk Peminat Di Malaysia - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pernah mengunjungi Malaysia pada tahun 2017 untuk K-Wave Music Festival menerusi sub-unit Nu’est W, kini Nu’est kembali bertemu peminat mereka di Malaysia lengkap dengan lima anggota asal iaitu JR, Aron, Baekho, Minhyun, dan Ren.

Bagi menghargai peminat dan meraikan ulang tahun ke-tujuh penubuhan kumpulan mereka, Nu’est tampil dengan jelajah dunia <Segno>. Berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, Sabtu lepas, konsert Nu’est <Segno> di Kuala Lumpur dihadiri lebih kurang seramai 3500 orang peminat setia Nu’est.

Walaupun berehat sebentar demi memberi peluang kepada Minhyun yang memasuki pertandingan realiti, ini bukan halangan pada Nu’est untuk membuat perancangan kembali melakukan jelajah dunia dan bertemu peminat mereka selain daripada membuat persembahan menerusi unit Nu’est W.

Salah seorang anggota Nu’est, JR mengakui bahawa jelajah dunia ini adalah yang momen paling dinantikan oleh mereka berlima dan berazam untuk mempersiapkan diri bagi memberikan persembahan terbaik untuk peminat-peminat mereka.

Persembahan Nu’est dipermulaan konsert kelihatan lebih rileks walaupun lagu mempunyai beat yang agak rancak. Membawakan lagu seperti Hello, Love Paint, Overcome, Bet Bet dan Look di permulaan konsert berjaya membuatkan peminat terutamanya peminat perempuan bersorak kegembiraan.

Selain daripada beraksi secara kumpulan, setiap ahli Nu’est diberikan peluang untuk beraksi solo menunjukkan kehebatan vokal dan tarian masing-masing.

Bukan itu sahaja, Nu’est juga tidak kekok berinteraksi dan bergurau di atas pentas sekaligus mendedahkan sisi keterbukaan mereka bersama peminat.

Sisi maskulin Nu’est ditonjolkan melalui tarian dan nyanyian untuk jam terakhir konsert melalui lagu Pretty, Pace, Action, Beautiful Ghost dan Segno.

Mempersembahkan 25 buah lagu, konsert Nu’est <Segno> di Kuala Lumpur ternyata merupakan hadiah paling teristimewa buat peminat-peminat mereka di Malaysia.

Kuala Lumpur merupakan lokasi kedua terakhir Jelajah dunia Nu’est <Segno> setelah ke lima lokasi di Asia sebelum ke lokasi terakhir di Taipei pada 14 September ini.

Kredit gambar dari IME Productions (M) Sdn Bhd

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!