72609

"Hafiz Hamidun Buat Cinta Macam Tahi Kucing" – Kakak Joy Revfa - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-09-14-at-5-53-47-pm

Musim baru program “Apa Itu Cinta” di slot Facebook Live Suria kembali lagi setiap hari Rabu jam 10 malam.

whatsapp-image-2017-09-14-at-2-20-13-am

Rabu lalu, sambil mengendalikan segmen popular Suria Cinta, DJ Lin telah menemubual tamu jemputannya, penyanyi popular Hafiz Hamidun dengan panjang lebar.

whatsapp-image-2017-09-14-at-2-20-11-am

Hafiz yang baru-baru ini dilanda kontroversi gara-gara status perkahwinannya dengan usahawan kosmetik Joy Revfa kelihatan tenang menjawab pertanyaan DJ Lin sepanjang segmen itu dikelolakan di laman Facebook Suria FM.

whatsapp-image-2017-09-14-at-5-53-47-pm-1

Malah Hafiz pernah dituduh oleh beberapa netizen sebagai seseorang yang mengambil kesempatan ke atas Joy dan ingin menumpang kemewahannya.

“Saya tidak tumpang kemewahan Joy seperti yang diperkatakan beberapa netizen. Saya sendiri ada perniagaan, kerjaya dan produk saya sendiri. Orang berhak untuk menilai. Sepatutnya tiada istilah siapa menumpang siapa. Apa yang penting dalam perkhawinan kalau berjalan dengan baik, rezeki akan bertambah, jadi apa salahnya?,” jelas Hafiz sewaktu ke udara.

“Ini adalah satu fasa untuk saya dan semua orang. Saya tidak pernah menyalahkan Joy, saya tahu dia juga pertama kali berdepan dengan masalah ini, ” tambah Hafiz lagi.

 

Sepanjang Hafiz ditemubual di slot Facebook tersebut, Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin sempat meninggalkan komennya sendiri dengan mengucapkan syabas buat Hafiz, serta menggelarnya seorang yang hebat kerana berkata-kata tentang cinta.

 

 

whatsapp-image-2017-09-14-at-5-53-47-pm-4

Namun sayang sekali kakak Joy yang bernama Dyana Sofia turut mengikuti program itu dan meninggalkan kata-kata yang kurang manis di ruangan komen dengan mengatakan bahawa Hafiz tidak layak berkata-kata tentang cinta kerana dia (Hafiz) membuat cinta seperti tahi kucing. Malah kakak Joy juga mengatakan Hafiz seorang lelaki yang tidak berguna di dunia ini dalam bahasa Inggeris.

 

whatsapp-image-2017-09-14-at-5-53-47-pm-2

whatsapp-image-2017-09-14-at-5-53-47-pm-5

Ramai juga peminat yang menyebelahi Hafiz kerana bersikap terbuka dan positif serta kurang senang dengan komen kakak Joy. Malah ada yang menasihati Joy supaya meninggalkan komen negatif di tempat lain.

whatsapp-image-2017-09-14-at-5-53-47-pm-6

whatsapp-image-2017-09-14-at-5-53-47-pm-3

Apa pun, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Hafiz Hamidun kerana sudi meluangkan masa bersama Suria dan kami doakan yang terbaik buat Hafiz dan isterinya Joy. Semoga kedua-duanya akan mendapat apa yang mereka idamkan.

Untuk lebih banyak berita sensasi klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!