72543

Hafiz Ragui Perkahwinan, Joy Failkan Pembubaran - Suria FM - Segalanya Hiburan

Minggu lepas angin bertiup kencang mengenai pergolakkan rumahtangga penyanyi Hafiz Hamidun dan isterinya Joy Revfa. Ramai yang berteka-teki tentang status perkahwinan mereka yang dikatakan sedang dilanda badai.

Hari ini dalam satu sidang media khas yang diadakan Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, beliau telah membuat pengakuan bahawa dirinya sudah memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan.

screen-shot-2017-08-21-at-1-03-18-pm

Joy membuat permohonan itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari Jumaat lalu selepas meragui perkahwinan yang dibina bersama Hafiz pada 1 Mei lalu.

Menurut Joy, beliau terpaksa membuat permohonan itu selepas Hafiz mula meragui perkahwinan mereka dengan mendakwa ia sebagai tidak sah.

“Saya datang sini untuk berdamai dan bukan untuk bergaduh atau berbalah dengan suami. Apa yang saya lakukan untuk pertahankan hak sebagai isteri dan wanita teraniaya.

Saya nak buktikan perkahwinan kami ini sah, bukan seperti Hafiz katakan. Saya nak tuntut keadilan”, katanya.

Joy mendakwa, Hafiz ada berjumpa dengannya pada 23 Mei 2017 iaitu hampir sebeluan selepas berumah tangga dengan memberitahu perkahwinan mereka tidak sah.

screen-shot-2017-08-21-at-1-19-12-pm

“Selepas tarikh itu dia mengabaikan saya, dia dah melepaskan saya, dia dah tak anggap saya ni siapa-siapa. Demam saya, sakit saya dia dah tak peduli.

Saya sendiri dengan anak saya di rumah sentiasa menanti dia datang , tapi sayangnya dia tetap tak mengaku kerana dia tetap berpegang teguh perkahwinan kami tidak sah. Bagi saya, saya yakin perkahwinan ini adalah sah”, jelasnya sambil menahan sebak.

Mahkamah telah menetapkan 14 September depan untuk mendengar permohonan yang dibuat pihaknya. Beberapa dokumen akan dikemukan bagi membuktikan perkahwinan yang dibina itu sah.

screen-shot-2017-08-21-at-1-03-50-pm

Hafiz dan Joy diijabkabulkan di Masjid Negeri Shah Alam pada 1 Mei 2017. mereka bertunang 2 bulan sebelum itu pada 23 Mac 2017.

Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 3 tahun.

screen-shot-2017-08-21-at-1-22-39-pm
Foto Ehsan HM Online

Suria doakan semoga pasangan ini menemui penyelesai yang terbaik dan dapat mempertahankan rumah tangga yang dibina.

Sumber : MSTAR ONLINE (Terima Kasih MStar Online)

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!