87208

Hairul Azreen Menangis Banyak Kali Menahan Kesakitan Sewaktu Penggambaran Filem Paskal - Suria FM - Segalanya Hiburan

Air mata jantan pelakon Harul Azreen terjatuh jua apabila tidak lagi menahan kesakitan akibat tangannya yang patah sewaktu menjalani penggambaran filem terbarunya Paskal.

Kata Hairul tangannya patah sewaktu menjalani latihan kerana terlalu ingin mendalami wataknya dalam filem aksi itu.

“Saya sebenarnya shooting dalam keadaan banyak kali saya menangis. Saya rasa macam saya tak boleh buat dah. Seminggu saya shooting dalam keadaan tangan yang patah. Bayangkan saya terpaksa buka dan pasang pistol dalam keadaan tangan yang patah”, jelasnya.

Watak Hairul di dalam filem Paskal turut menuntutnya untuk melakukan babak- babak seperti berenang, bertarung dan menggenggam senjata.

Namun kata Hairul semua itu dijadikannya sebagai pengalaman berharga malah dia berbangga dapat menyelesaikan penggambaran walaupun dalam keadaan tangan yang patah.

Selain dari terpaksa menanggung kesakitan akibat patah tangan, Hairul juga terpaksa menempuhi dugaan melakukan aksi lasak di bulan puasa.

Hairul baru sahaja pulang dari Turki untuk melakukan beberapa babak aksi di sana bersama pelakon dari Hollywood.

“Di sana waktu siang sangat lama. Saya shooting dalam keadaan puasa yang lama. Tetapi Alhamdulillah lama-lama sudah terbiasa kerana pengalaman berlakon dengan pelakon dari Hollywood membuatkan saya tidak sedar saya sedang berpuasa”, ujarnya.

Kata Hairul lagi, bukan alasan untuk dirinya ponteng puasa biarpun terpaksa berlakon babak-babak aksi yang memerlukan dirinya mengerah tenaga yang lebih di set penggambaran.

SURIA puji dengan kesungguhan Hairul dalam menjayakan watak yang diberikan. Biarpun sedang sakit dan berpuasa, namun Hairul masih komited dalam memberikan yang terbaik untuk tidak menghampakan pihak produksi dan peminat. Smeoga Hairul berjaya dengan filem Paskal. Tak sabar pulak SURIA nak tonton filem ini nanti.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!