90095

Hajat Datuk Seri Siti Nurhaliza Dapatkan Lagu Baru Dari Pak Ngah Tidak Kesampaian - Suria FM - Segalanya Hiburan

Hajat penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk mendapatkan lagu tradisional terbaru dari Allahyarham Pak Ngah tidak kesampaian apabila komposer tersohor itu telah kembali ke Rahmatullah Selasa lalu.

“Saya sebenarnya bercita-cita untuk mendapatkan lagu baru irama tradisional daripada Pak Ngah. Tapi kerana dia pergi dulu, saya rasa terkejut dan terkilan. Walaubagaimanapun doa saya tetap untuk Pak Ngah kerana dia akan sentiasa hidup dalam industri seni kita”, luah Datuk Seri Siti sambil menahan sebak.

Datuk Seri Siti Nurhaliza adalah antara penyanyi yang paling banyak menyanyikan lagu-lagu ciptaan Arwah Pak Ngah. Antara lagu-lagu popular nyanyian Datuk Seri Siti yang masih diingati sehingga kini ialah Cindai, Balqis, Nirmala dan juga Sesuci Lebaran.

Kolaborasi mereka berdua juga pernah menjulang Anugerah Juara Lagu sebanyak dua kali menerusi lagi Cindai (1998) dan Balqis (2000).

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al- Fatihah.

 

Kredit Foto : Kosmo (Mohd Najib Mohd Nor)

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!