72409

Halim Othman Dan Fizi Ali Dilantik Sebagai Ikon Op Selamat PDRM - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyampai Suria, Halim Othman dan Fizi Ali telah dilantik sebagai Ikon Op Selamat Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 6 Julai 2017.

Menurut Halim dan Fizi, hubungan baik di antara Suria dan PDRM menjadi salah satu faktor kenapa mereka berdua dipilih sebagai ikon untuk kempen yang memberi kesedaran tentang keselamatan jalan raya ini.

screen-shot-2017-07-06-at-2-52-49-pm

Sebelum ini, Suria banyak mengundang pihak PDRM untuk memberi taklimat serta panduan kepada pendengar-pendengar Suria tentang keselamatan jalan raya.

Malah baru-baru ini. Halim dan Fizi diundang menaiki helikopter untuk meninjau lokasi lalu lintas yang sibuk sepanjang musim perayaan yang melibatkan beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia.

screen-shot-2017-07-06-at-2-56-30-pm

Menurut Penolong Pengarah Urus Setia Kawalan Lalu Lintas IPD Bukit Aman DSP Dr. Bakri Haji Zainal Abidin, pemilihan Halim dan Fizi adalah kerana komitmen mereka yang memberi impak yang sangat besar sepanjang kempen Op Selamat siri yang ke 11.

“Saya amat terharu dan teruja apabila mereka berdua bersama saya dan yang lain terbang ke udara memantau lalu lintas dengan pesawat. Bukan calang-calang selebriti yang mampu meluangkan masa bersama PDRM”, jelasnya.

e75b0b24-27e7-4c57-8d6c-b2d9d18e1a41

Bagi Halim Othman sendiri, beliau menganggap pelantikan ini sebagai satu penghormatan serta tanggungjawab buat dirinya.

Fizi Ali pula merasakan bahawa pelantikan dirinya sebagai ikon adalah sesuatu yang sangat besar dan berasa gementar pada masa yang sama.

screen-shot-2017-07-06-at-2-56-00-pm

“Saya sangat teruja dan gementar kerana bila kita dilantik sebagai ikon, tentu orang akan melihat kepada reputasi kita di atas jalan raya. Saya juga mewakili generasi muda yang masih hijau dan perlu belajar lebih banyak perkara tentang undang-undang serta keselamatan jalan raya”, jelas Fizi.

Sebagai Ikon Op Selamat PDRM, mereka berdua akan menyertai pasukan PDRM melalui media sosial dan medium yang lain dalam menjalankan kempen-kempen kesedaran tentang keselamatan jalan raya terutamanya sewaktu musim perayaan.

Tahniah dan syabas Suria ucapkan kepada Halim dan Fizi.

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!