89138

Hampir 3,000 Pengunjung Meriahkan Siaran Luar SURIA Bersama MYDIN - Suria FM - Segalanya Hiburan

Suria kembali menemui peminat dengan penganjuran Siaran Luar Suria yang diadakan pada hari Sabtu lepas bertempat di Mydin USJ, Subang Jaya dan melibatkan tujuh penyampai Suria bersiaran secara langsung pada hari tersebut.

Hampir 3,000 pengunjung yang hadir memeriahkan program Siaran Luar Suria ini bukan sahaja dapat bertemu dengan barisan penyampai Suria seperti Fizi, Issey, Cik Piah, Sharifah Shahira, Tyzo, Suraya dan DJ Lin malah boleh juga beramah mesra bersama artis jemputan seperti Kaka Azraff, Lan Solo, Ella, Datin Alyah dan Siti Nordiana.

Bukan itu sahaja, acara pentas yang dianjurkan turut mendapat sambutan daripada pengunjung yang hadir di mana penyampai Suria memberikan pelbagai hadiah menarik dan eksklusif Suria.

“Kembalinya penganjuran siaran luar Suria ini untuk kali kedua bersama Mydin adalah kerana sambutan yang baik daripada peminat dan pendengar setia Suria. Malah, pihak Mydin juga turut berpuas hati dan inginkan kolaborasi berpanjangan bersama Suria,” kata Cik Roslinda Abd Majid (DJ Lin) selaku Pengurus Kanan Program Suria.

Tambah DJ Lin, “Selain daripada dekat bersama peminat, objektif kami pada kali ini adalah lebih kepada memperkenalkan penyampai baru iaitu Issey dan Shahrol. Namun, Shahrol tidak dapat hadir hari ini atas tuntutan keluarga. Aktiviti turun padang seperti ini merupakan antara salah satu platform terbaik untuk publisiti memperkenalkan Team Pagi Suria dan jenama Suria kepada pengunjung.”

Siaran Luar Suria ini merupakan permulaan acara Suria bertemu peminat sebelum menjelajah ke beberapa negeri di seluruh negara bermula September ini. Suria juga dijangka akan menganjurkan beberapa lagi aktiviti bertemu peminat pada masa akan datang.

Sebelum ini, Suria juga pernah menganjurkan siaran luar di lokasi yang sama pada bulan April lepas dan juga pada Hari Radio Sedunia bersama penyampai-penyampai Suria.

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria www.suria.my dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia. Gunakan #SuriaMalaysia untuk sebarang interaksi berkaitan Suria di laman sosial.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber