71953

Hanez Suraya Sah Fail Penceraian Terhadap Suaminya - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nama pelakon wanita, Hanez Suraya kembali hangat apabila kontroversi yang mendakwa rumah tangganya bersama suami, Romie Razin sedang bergolak dan bakal bertemu jalan ‘penceraian’.

Sejauh mana kebenaran kontroversi itu? Terbaru, Hanez telah mengesahkan bahawa beliau sudah memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah terhadap suaminya. Walau bagaimanapun, Hanez tidak hadirkan diri ke mahkamah tersebut tetapi hanya diwakili oleh peguamnya.

0

Menurut laporan BH Online, pergolakan rumah tangga mereka bermula sejak beberapa bulan lalu, namun ianya mula reda apabila mereka bercuti ke Jepun bagi menyelesaikan masalah mereka.

Dalam masa yang sama, Hanez ada menyatakan hasrat untuk kembali bergiat aktif berlakon walaupun dihalang suaminya. Berita pasangan ini bakal bercerai mula tersebar apabila nama pelakon itu tersenarai dalam kes Mal yang terdapat di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.

Apa-apapun, kami di SURIAfm mendoakan agar hubungan mereka dapat dipulihkan kembali demi anaknya. Biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Wah gitu!!

Sumber : BH Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!