
/wp-content/uploads/2018/01/WhatsApp-Image-2018-01-26-at-4.53.39-PM-1.jpeg)
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pelakon wanita popular dari Indonesia Hannah Al-Rashid sebenarnya seorang jaguh dalam seni pencak silat.
Hannah yang ditemui di sidang media tayangan Gala siri-mini DO[S]A terbitan Astro memberitahu yang ayahnya sebenarnya seorang guru silat dan telah melatihnya sejak kecil.
Malah Hannah begitu hebat dalam arena tersebut sehingga pernah terpilih memasuki pasukan kebangsaan pencak silat United Kingdom. Hannah juga pernah menyertai beberapa kejuaraan di Asia dan Eropah semasa muda.
Maka tidak hairanlah jika Hannah mampu melakonkan watak-watak lasak seperti yang dipaparkan dalam siri-mini DO[S]A ini.
Selain itu, Hannah juga dikenali di Indonesia sebagai seorang pejuang hak asasi wanita yang ingin membangkitkan kesedaran tentang isu perlecehan serta gangguan seksual terhadap wanita lewat lama Youtubenya.
Wanita cantik yang berumur 32 tahun itu juga fasih berbahasa Perancis seperti ibunya yang berdarah Perancis.
Di dalam mini-siri DO[S]A Hannah memainkan watak seorang gadis dalam sebuah kumpulan kongsi gelap yang bertanggungjawab melakukan pelbagai jenayah besar seperti merompak dan membunuh.
Untuk melihat kehebatan Hannah beraksi, pastikan anda menonton DO[S]A di Astro bermula 14 Februari nanti.