72532

Hannah Delisha Jadi Artis Undangan Produk Kecantikan - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-08-16-at-2-36-40-pm

Populariti mendadak yang diraih Hannah Delisha atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch menerusi daram Mencintaimu Mr Photographer sememangnya membawa tuah buat pelakon muda kacukan Inggeris-Melayu kelahiran Singapura ini.
Apa tidaknya, sejak Hannah Delisha menerajui drama bersiri terbitan MIG Production arahan Eyra Rahman yang telah bersiaran secara serentak di Astro Ria dan Astro Ria HD Julai yang lalu, pelbagai tawaran mencurah datang buat dirinya.
Terbaru dia telah menjadi pilihan Mary Jardin untuk muncul sebagai artis undangan dalam majlis pelancaran produk penjagaan kulit yang diasaskan seorang doktor medikal iaitu Dr Maryam Aziz. Majlis pelancaran yang diadakan di Star Avenue Lifestyle , Shah Alam pada 30 Julai lalu adalah bersempena pembukaan cawangan pertama mereka.

Mary Jardin adalah sebuah produk baru yang diperkatakan saat ini. Biarpun baru produk ini baru sahaja berada di pasaran sejak 10 bulan yang lalu, namun ia sudah pun menjadi platform bagi 400 wanita di luar sana untuk menceburi bidang bisnes dan menjadi usahawan.

752a8578

Kami yakin Hannah Delisha akan pergi lebih jauh dalam industri selepas ini.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!