72056

Hans Isaac dan Azad Jasmin menyerlah dalam J Revolusi - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nama Dato’ Hans Isaac memang hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu berikutan pengumuman pertunangannya dengan pemenang ratu cantik Aileen Gabriella. Apalagi selepas timbul tuduhan bekas teman lelaki Gabriella di media sosial yang mengatakan Gabriella curang dan masih menjalinkan hubungan dengan bekas teman lelakinya sewaktu dia menerima lamaran Hans.

Ini membuatkan nama Hans terus menjadi topik perbualan orang ramai dan para peminat dunia hiburan tempatan kebelakangan ini. Namun mungkin ramai yang tidak tahu Hans juga turut tampil dalam filem aksi tempatan terbaru J Revolusi yang disandang pelakon utama, terdiri daripada nama-nama besar seperti Zul Ariffin, Izara Aishah, Fazura dan juga Farid Kamil.

hans

Apa yang lebih istimewa adalah kami di Suria memuji lakonan hebat dua orang pelakon pembantu filem tersebut iaitu Hans sendiri serta Azad Jasmin. Lakonan mereka berdua sangat mantap dan meninggalkan kesan terhadap penonton yang sudah menyaksikan filem aksi itu.

Biarpun penampilan Hans dalam filem tersebut hanyalah sebagai watak cameo sahaja namun kekuatan wataknya turut menyerlah. Beliau berjaya menunjukkan sisi yang jauh berbeza dari apa yang sering ditampilkan dalam lakonannya sebelum ini. Watak antagonis yg agak ‘gila’ dibawanya, dimainkan dengan baik sekali malah sangat menonjol. Tahniah buat Dato Hans Isaac kerana sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap hasil kerjanya.

img_4105

Seorang lagi pelakon yang wajar mendapat pujian dalam filem ini adalah Azad Jasmin. Azad yang sinonim dengan watak-watak lucu dan komedi dalam filem sekali lagi mencuri perhatian para penonton dengan aksinya yang sangat meyakinkan dan bersahaja.

Malah watak Skodeng yang dimainkan Azad kelihatan setara dengan watak Jay yang merupakan hero dalam filem tersebut. Dan walaupun watak Skodeng tidak banyak babak bersama watak ibunya,Cikgu Fatimah namun, lakonannya sangat meninggalkan kesan dalam mempamerkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Filem J Revolusi terbitan Grand Brilliance dan Infinitus Productions kini sudahpun ditayangkan di pawagam.

Dan jangan lupa saksikan pelakon utama mereka Zul Ariffin dan Izara Aishah dalam segmen #apaitucinta di Suria Cinta bersama DJ Lin apabila mereka berkunjung ke konti Suria 8 Mac nanti.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!