72049

Hans Isaac Tampil Balas Kenyataan 'Teman Lelaki' Tunangnya - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebelum ini SURIAfm ada menyiarkan kisah tentang lelaki yang mendakwa sebagai teman lelaki kepada tunang Dato’ Hans Isaac iaitu Aileen Gabriella yang meluahkan perasaannya sejurus mendapat tahu tentang perkahwinan Gabriella dan Hans Isaac yang bakal berlangsung pada Julai hadapan.

Boleh baca : Teman Lelaki Kepada Tunang Hans Isaac Tertanya-Tanya Tentang Kewujudannya

img_2017-03-01-120918-369x600

Disebabkan status itu mendapat perhatian ramai sehingga ada yang melabelkan Hans Isaac sebagai perampas, tuan empunya badan tidak mengambil masa yang lama untuk tampil bagi membalas kenyataan Robin itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Apa yang difahamkan, Hans Isaac juga meluahkan rasa terkilan apabila ada sesetengah lelaki yang seakan-akan tidak menghormati hubungan mereka berdua.

Semoga apa yang dibalas oleh Hans Isaac ini dapat memuaskan hati semua pihak tentang isu ini. Walau apapun, tahniah lagi sekali buat Hans Isaac dan Gabriella yang akan menamatkan zaman bujang mereka. Perbezaan usia sebanyak 18 tahun bukanlah penghalang!

Sumber : Instagram Hans Isaac

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!