89130

Hantu Kak Limah Catat Sejarah Box Office Malaysia Raih RM20.5juta - Suria FM - Segalanya Hiburan

Filem Hantu Kak Limah (HKL) terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold terus mencetuskan fenomena apabila mencipta rekod ke-4 dengan memungut RM20.5 juta dalam tempoh hanya 11hari tayangan. Ini menjadikan HKL mendapat kutipan filem tertinggi bagi sesebuah filem tempatan. Rekod ini pernah dipegang oleh filem Abang Long Fadil 2 (terbitan Astro Shaw & Skop Productions ) menerima RM19.04 juta selama 28 hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Dengan rasa syukur, Penerbit Eksekutif, Dato’ Khairul Anwar Salleh, Gayatri Su-lin dan TP Lim termasuklah pengarah Mamat Khalid , barisan pelakon dan pekerja filem merasa bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura serta rakan media dan rakan pemamer yang sentiasa menyokong dan meletakkan filem HKL di kedudukan rating tertinggi menerusi kutipan pecah panggung terbesar sepanjang zaman.

HKL masih rancak ditayangan di 146 pawagam membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Dato’ Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Allahyarham Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Dato’ Seri Vida.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!