88816

Haqiem Rusli Digelar Perampas - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nampaknya penyanyi yang seorang ini terus menerus dihambat kontroversi. Jika sebelum ini Haqiem Rusli terpalit isu depresi, kini dia dituduh perampas pula.

Semuanya gara-gara Haqiem telah merampas mikrofon seorang peserta program I Can See Your Voice yang ditayangkan di NTV7.

Peserta berkenaan dikatakan menyanyikan lagu Tergantung Sepi dengan sumbang sehingga menyebabkan Haqiem naik ke pentas dan merampas mikrofonnya.

Penonton yang menonton rancangan itu melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Haqiem yang disifatkan sebagai biadap.

Namun Haqiem dalam wawancaranya bersama Mstar berkata, ‘insiden’ itu hanyalah gurauan semata-mata dan dia diminta untuk menunjukkan karektor yang ‘gila-gila’.

Kata Haqiem lagi, dia tidak kisah andai netizen mahu mengecamnya di atas insiden itu dan akan memaafkan mereka.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!