88035

Haqiem Rusli Dikatakan Ciplak Lagu Sufie Rashid? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nampaknya kontroversi dan Haqiem Rusli ibarat berpisah tiada. Selepas menimbulkan kontroversi gimik dipresi, kali ni Haqiem dikatakan menciplak lagu penyanyi Sufie Rashid pula.

Melalui kemaskini di akaun Instagram Sufie, dia mengucapkan tahniah kepada Haqiem Rusli di atas pelancaran single terbarunya.

Katanya lagi, dia turut berbangga kerana lagu ‘intro’ yang dicipta olehnya digunakan oleh Haqiem.

Menurut Sufie dalam kapsyennya yang panjang lebar itu lagi, dia tidak marah dengan tindakan Haqiem tetapi dia agak kecewa kerana tidak mendapat sebarang kredit.

Tambahnya lagi, idea bukannya percuma. Tetapi cukuplah sekadar memberitahunya dahulu sebelum menggunakan karyanya.

Haqiem turut meninggalkan komen di status Sufie itu dengan mengatakan cukup-cukuplah membuka ruang untuk orang mengecam dirinya.

Apa-apa pun kita tunggu komen Haqiem di sidang media tergempar nanti.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!