Semalam telah berlangsung konsert suku akhir Gegarvaganza 4 dimana kita dapat saksikan Aqasha tersingkir di minggu keenam.

Namun yang menarik perhatian satu Malaysia semalam adalah persembahan Aishah yang menyanyikan lagu Tergantung Sepi nyanyian asal Haqiem Rusli.

Aishah berjaya memukau penonton dengan vokalnya yang bertenaga serta penghayatan yang begitu mendalam.

Haqiem Rusli yang diminta mengulas mengenai persemabhan Aishah berkata, dia hampir menangis melihat persembahan Aishah.

Tambahan pula kata Haqiem, wajah Aishah mirip dengan wajah ibunya, itu yang membuatkan Haqiem lebih terharu.

screen-shot-2017-12-04-at-11-10-08-am

Haqiem turut memuji persembahan Aishah yang disifatkannya sebagai terlalu hebat.

Tahniah SURIA ucapkan kepada Aishah. Best juga kalau dapat tengok Aishah berduet dengan Haqiem kan?

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!