88067

Haqiem Rusli Mohon Maaf, Mohon Rakyat Malaysia Beri Peluang Kedua - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam telah berlangsung sidang media khas bagi menjelaskan isu yang melanda penyanyi Haqiem Rusli yang dikatakan membuat gimik melampau semata-mata untuk mempromosikan lagu terbarunya Selamat Tinggal Sayang.

Turut hadir pada sidang media itu ialah penyanyi Ernie Zakri, Wany Hasrita dan wakil daripada syarikat rakaman FMC.

Menurut Haqiem, dia mengakui sebenarnya dia benar-benar mengalami depresi jenis ‘Mild Depression’. Katanya lagi dia mula mengalami tekanan sejak setahun lalu apabila sering dikecam muka berjerawat, tidak kacak, menyanyi kelaut, suara sama seperti penyanyi lain.

Namun kata Haqiem, dia belum pernah bertemu dengan mana-mana doktor atau pakar untuk merawat masalah dipresinya itu. Haqiem hanya tahu dia mengalami ‘mild depression’ selepas membuat kajian bersama rakan-rakannya.

 

Haqiem juga menyangkal dakwaan ramai pihak bawaha apa yang dilakukannya ini adalah gimik semata-mata untuk melancarkan single terbarunya.

Sementara itu, wakil daripada FMC iaitu Sam mengakui sudah menasihati Haqiem untuk tidak meneruskan apa yang sedang dilakukannya, namun akhirnya terpaksa akur kerana mahu Haqiem melihat sendiri apa natijah yang akan berlaku dengan tindakannya itu.

Pihak FMC turut mengakui mengambil kesempatan di atas situasi ini untuk tujuan pemasaraan kerana merasakan rugi jika tidak menggunakan peluang ini.

Melihat tindakan peminat fanatik Haqiem Rusli yang begitu berani mengecam tugas wartawan dan berani memaki hamun artis seperti Ernie Zakri dan Wany Hasrita, Haqiem tampil memohon maaf bagi pihak peminatnya dan meminta supaya peminatnya berhenti melakukan perkara yang sedemikian. Kata Haqiem dia tahu apa yang dilakukan oleh peminatnya itu boleh menambahkan tekanan kepada artis yang dikecam itu.

Haqiem juga telah membuat keputusan untuk tidak berhenti dari bidang nyanyian kerana mahu membantu ibu dan bapanya serta sayangkan peminat. Katanya lagi, dia berharap supaya rakyat Malaysia dapat memberinya peluang kedua untuk menebus kesalahan.

Semoga Haqiem dan juga artis di Malaysia mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku ini supaya tidak sewenang-wenangnya membuat sesuatu perkara tanpa berfikir panjang terutamanya yang melibatkan perkara sensitif seperti depresi. Isu depresi bukanlah perkara yang boleh dibuat main, kerana seperti yang kita tahu kebanyakan yang mengalami masalah ini mempunyai pengakhiran yang sangat memilukan.

Kepada anda yang telepas untuk menonton siaran langsung sidang media bersama Haqiem Rusli semalam, anda boleh tonton di sini.

Sidang Media Eksklusif Haqiem Rusli

Posted by Suria FM on Thursday, 5 July 2018

 

Kredit Foto : Astro Awani & MSTAR Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!