72325

Haqiem Rusli Nak ‘Buat’ Badan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi dan komposer muda berbakat besar Haqiem Rusli mengaku bahawa dia akan mula pergi ke gimnasium untuk membina badannya supaya menjadi lebih berotot atau ‘sado’.

screen-shot-2017-05-31-at-10-36-53-am

Menurut Haqiem, tujuannya membina badan adalah untuk kelihatan lebih segak apabila memakai pakaian terutamanya apabila beraksi di atas pentas.

“Saya ada merancang bersama rakan untuk beli minuman protein dan membina badan selepas Aidilfitri nanti”, katanya.

screen-shot-2017-05-31-at-10-37-27-am

Dalam perkembangan lain, mungkin ramai yang tidak tahu, Haqiem sekarang sudah berjinak-jinak menjadi komposer dan terbaru lagunya dinyanyikan oleh Irfan Haris berjudul Pesan.

screen-shot-2017-05-31-at-10-36-23-am

“Kami berdua pernah berbincang untuk menggunakan pengaruh masing-masing untuk menaikkan nama penyanyi muda. Kolaborasi ini sangat unik kerana saya baru berusia 19 tahun dan Irfan baru 16 tahun”, jelasnya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!