72092

"Harap Malaysia Banned Awak Menyanyi" – Fazura Terima Kecaman Hebat Gara-Gara… - Suria FM - Segalanya Hiburan

Baru-baru ini kami ada memaklumkan tentang penangguhan filem Disney yang dinanti-nantikan iaitu Beauty and the Beast di seluruh pawagam di Malaysia dan hal itu mendapat pelbagai reaksi yang rata-rata netizen kecewa dengan berita tersebut.

Ada sesetengah pihak yang mendakwa bahawa ia ditangguhkan atas dasar terdapat adegan homoseksual yang diselitkan dalam filem itu.

Walau bagaimanapun, menurut kenyataan dari pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF), terdapat beberapa adegan yang terpaksa dipotong sebelum ia ditayangkan dan tarikh baru bagi tayangan masih belum ditentukan.

fazura4

Hal ini bukan sahaja menarik perhatian netizen yang tertunggu-tunggu kemunculan filem ini di pawagam tetapi ia juga berjaya menarik perhatian pelakon Nur Fazura sehinggakan beliau memuat naik status seolah-olah kecewa dengan tindakan LPF itu menerusi akaun Twitter miliknya.

fazura-1

Apa yang melucukan, statusnya itu telah mengheret Fazura ke dalam ‘gelanggang’ kritikan netizen yang tidak berpuas hati dengan apa yang ditulis olehnya.

faz1

faz-1

Bagi kami di SURIAfm, filem ini terpaksa ditangguhkan kerana mempunyai adegan yang tidak bersesuaian untuk tontonan anak-anak yang masih kecil.

Yela, kita pun kena fikir juga tentang isu-isu sebegini juga. Hmm apa pendapat anda sendiri tentang status Fazura ini?

Sumber : mynewshub

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!