86739

Harga Gaun Meghan Markle Dikatakan Mencecah RM2 Juta - Suria FM - Segalanya Hiburan

Belum pun reda kisah gaun Puteri Meghan Markle yang dikatakan terlalu ringkas dan tidak bertaraf diraja, kini muncul pula berita yang mendedahkan anggaran harga gaun kontroversi itu.

Menurut laporan Metro UK, gaun rekaan rumah fesyen Givenchy yang dipakai oleh Puteri Meghan itu bernilai mencecah RM2 juta atau 387,000 Poundsterling.

Harga gaun Meghan lebih mahal daripada gaun perkahwinan Kate Middleton biarpun sebelum ini ada laporan yang mengatakan bahawa Meghan tidak akan memakai gaun lebih mahal dari Kate untuk menghormati bakal permaisuri itu.

Gaun perkahwinan Kate Middleton dikatakan bernilai 250,000 Poundsterling dan dibayar oleh kedua ibu bapa Duchess Of Cambridge itu. Ini bermakna gaun Meghan jauh lebih mahal daripada gaun Kate sebanyak 137,000 Poundsterling.

Walaubagaimanapun itu cuma anggaran oleh pakar fesyen, sehingga kini harga sebenar gaun Meghan belum lagi didedahkan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!