72296

Hari Ibu Suria Diiringi Tawa dan Air Mata - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-05-21-at-8-20-49-pm-3

Suria dan Restoran Rebung milik Dato Chef Ismail bersama-sama meraikan Hari Ibu dengan menjemput kesemua pemenang pertandingan Hari Ibu Suria untuk satu jamuan makan petang atau ‘High- Tea’.

whatsapp-image-2017-05-21-at-8-20-49-pm-4

Acara yang diadakan di lokasi terbaru Restoran Rebung di Jalan Tanglin  berdekatan Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur itu menyaksikan penampilan beberapa penyampai Suria yang turut hadir dengan ibu dan ahli keluarga masing-masing.

whatsapp-image-2017-05-21-at-8-20-48-pm-1

Menurut Chef Ismail , beliau bersetuju untuk bekerjasama dengan Suria buat projek ini kerana menyedari kepentingan peranan ibu dalam keluarga.

whatsapp-image-2017-05-21-at-8-20-48-pm-2

“Saya rasa Hari Ibu adalah sangat penting dalam memberi kesedaran kepada orang ramai tentang tingginya peranan serta pengorbanan ibu dalam membesarkan anak-anak dan membentuk masyarakat. Oleh kerana itu, kala didekati DJ Lin untuk mengadakan acara ini, saya terus bersetuju,” ujar Chef Ismail yang juga peminat segmen Suria Cinta kelolaan DJ Lin.

whatsapp-image-2017-05-21-at-8-20-49-pm

“Segmen DJ Lin pada saya sangat relevan kerana ia merupakan luahan sebenar para pendengar. Ia memberikan peluang kepada orang ramai untuk mengungkapkan rasa cinta dan sayang mereka kepada sesiapa sahaja. Bukan sahaja kekasih, malah ahli keluarga lain juga seperti ibubapa dan anak-anak,” tambahnya lagi.

whatsapp-image-2017-05-21-at-8-20-48-pm-6

Jamuan petang tersebut disambut meriah dengan pelbagai aktiviti permainan yang dianjurkan bersama-sama para penyampai Suria. Ramai pasangan anak dan ibu yang tidak segan untuk turut serta bermain bersama. Dua pasangan ibu dan anak juga bertuah kerana dipilih untuk memenangi hadiah utama berupa wang tunai bernilai RM500 setiap pasangan.

whatsapp-image-2017-05-21-at-8-20-49-pm-2

Namun, terdapat juga titisan air mata di kala sesi akhir acara, di mana kesemua pemenang diberikan sejambak bunga tajaan Petals 2 U untuk dihadiahkan kepada ibu masing-masing. Suasana berubah sebak kala anak dan ibu sama-sama menitiskan air mata kerana terkenangkan pengorbanan ibu mereka sambil memberi ucapan dan para ibu juga tidak dapat menahan titisan air mata saat berpelukan dengan cahaya mata mereka.

whatsapp-image-2017-05-21-at-8-20-48-pm-5

Tidak terkecuali beberapa penyampai Suria seperti Tyzo dan Suraya yang biasanya petah berkata-kata di radio tiba-tiba tergamam sebentar dan tidak mampu berbicara kerana menahan rasa sebak sewaktu disuruh memberikan ucapan bersama bunga kepada ibu mereka. DJ Lin juga menitiskan air mata apabila memberikan ucapan dan menerima bunga daripada anak lelakinya yang hadir pada petang tersebut. Memang suasana ketika itu benar-benar menyentuh perasaan semua yang hadir waktu itu.

Yang pasti, Suria dan Restoran Rebung berbesar hati dapat meraikan Hari Ibu dengan pemenang-pemenang bertuah petang tersebut. Semoga di masa hadapan nanti lebih banyak acara seperti ini dapat kami anjurkan bersama pendengar setia kami!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!