84853

Hari Ini Dalam Sejarah Buat Hafiz Suip - Suria FM - Segalanya Hiburan

rocketfuelent-266

Penyanyi lelaki bersuara emas kelahiran Kuching, Sarawak dan merupakan juara program televisyen realiti terbitan Astro Akademi Fantasia musim ke-7 pada tahun 2009, Mohd Hafiz Mohd Suip, 27, atau lebih terkenal dengan nama Hafiz Suip kembali menghangatkan industri muzik Malaysia dengan single terbaru setelah hampir dua tahun menyepi.

Kini, mempertaruhkan genre pop dan lari dari genre kebiasaan iaitu balada, Hafiz mempertaruhkan single ‘Hari Ini Dalam Sejarah’ hasil ciptaan komposer hebat, Audi Mok dan penulis lirik terkemuka, Shazee Ishak.

Pelantun lagu Awan Nano yang fenomena sekaligus menjadi juara pada pertandingan nyanyian penuh berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu ke-26 pada tahun 2011 terdahulu telah pun melancarkan single ‘Kejar’ yang membawa genre funk pada bulan Ogos tahun lepas.

Bakat nyanyian yang dimiliki Hafiz sememangnya tidak dapat disangkal lagi apabila pelbagai anugerah telah dimenanginya bukan sahaja di Malaysia bahkan di rantau Asia Tenggara. Setiap lagu yang dinyanyikan Hafiz pasti mendapat sambutan hebat dan menjadi hit dengan berjuta tontonan di laman sesawang YouTube.

rocketfuelent-273

Baru-baru ini, Hafiz telah bergelar bapa setelah menerima cahaya mata yang pertama,

“Syukur saya kehadrat Ilahi dengan kehadiran putera sulung kami iaitu Muhammad Riyadh Zafri dan ini merupakan hadiah paling istimewa sepanjang hidup saya dan dengan munculnya single terbaharu ‘Hari Ini Dalam Sejarah’ ia bagai satu permulaan yang baik bagi tahun 2018.

‘Hari Ini Dalam Sejarah’ menceritakan tentang sesuatu yang bersejarah atau mempunyai makna tertentu yang berlaku pada hari tersebut seperti kelahiran anak saya, tarikh perkahwinan saya dengan isteri dan sebagainya. Pelbagai peristiwa yang telah dan bakal berlaku dalam hidup kita sehari-hari dan kadangkala ianya membawa maksud yang istimewa bagi setiap individu dan layak diingati sampai bila-bila. Sepanjang bergelar anak seni, bermacam-macam yang telah saya lalui dan tempuhi dan setiap momen saya anggap berharga kerana tanpa pengalaman lepas, saya tidak akan berdiri di sini pada hari ini.

Lagu ini mengambil masa selama sehari untuk dirakamkan dengan bantuan serta tunjuk ajar komposer disegani iaitu saudara Audi Mok dengan Shazee Ishak dan saya berasa senang bekerjasama dengan mereka kerana mereka tahu apa yang sesuai dengan saya.

Saya tahu peminat-peminat saya di luar sana tertunggu-tunggu buah tangan terbaharu daripada saya dan dengan lahirnya single ini dengan pendekatan berbeza, saya harap mereka dapat menerimanya dengan baik dan terus menyokong kerjaya saya sampai bila-bila,” jelas Hafiz.

rocketfuelent-332

Menurut Adam Lobo, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,

“Di usia yang muda, pelbagai kejayaan telah dikecapi oleh Hafiz bermula dari Akademi Fantasia lagi. Selain menyanyi, beliau juga berbakat sebagai pelakon dan pengacara, ini membukitkan bahawa Hafiz adalah seorang artis yang versatil. Beliau mempunyai sikap bersahaja dan outgoing yang sangat disenangi dan mudah untuk kami bekerjasama.

Saya percaya beliau mampu pergi jauh dan tahun 2018 merupakan sebuah permulaan baru buat Hafiz kerana telah lama tidak muncul dengan single terbaharu. Semoga single ‘Hari Ini Dalam Sejarah’ mendapat sambutan peminat muzik tempatan sebagaimana lagu-lagu terdahulu.”

Lagu ‘Hari Ini Dalam Sejarah’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Video muzik lagu ‘Hari Ini Dalam’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!