72163

"Hari Ni Abang Dah Takde, Pergi Tinggalkan I" – Luahan Nora Ariffin Pada Hari Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-25 Tahun - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kalau dikira-kira sudah masuk hari ke 18 pemergian komposer terkenal iaitu Allahyarham Johan Nawawi meninggalkan kita semua akibat serangan jantung pada 24 Mac 2017 yang lalu kira-kira jam 6.30 pagi.

c7qwbq-vaaasicj

Isteri Allahyarham iaitu seorang penyanyi, Nora Ariffin pernah meluahkan hasrat suaminya yang ingin menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 25 tahun pada 9 April 2017 tetapi hal itu tidak kesampaian apabila Allahyarham telah dijemput Ilahi terlebih dahulu.

69e9d646f5c63170897aa9bbb8abe1c5_xl

Siapa sangka hasrat dan keinginan arwah itu menjadi yang terakhir dalam hidup Nora dan tiada lagi sambutan hari ulang tahun bersama suami yang tercinta. Betullah apa yang dikatakan, kita hanya mampu merancang tetapi Dia yang menentukan. 

c615_pg-2_3a_nora

Semalam (Ahad) merupakan detik-detik yang amat menyedihkan bagi Nora apabila ia jatuh pada tanggal 9 April 2017 yang merupakan hari ulang tahun beliau bersama suaminya tetapi apakan daya segalanya hanya tinggal kenangan yang pasti tidak akan dapat dilupakan oleh Nora sepanjang 25 tahun beliau hidup dalam dakapan seorang lelaki bernama suami.

nora10

Nora juga sempat memuat naik gambar dan video nyanyian beliau beserta kapsyen tentang luahan hatinya ketika menyambut hari ulang tahun perkahwinan tanpa suami disisi dan rata-rata netizen yang melihat gambar itu meninggalkan komen agar Nora diberikan kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan hidup demi anak-anaknya.

Today 9/4/2017. HAPPY 25th anniversery abang 9/4/1992…hari pertama I bergelar isteri abang. Last year kita sambut kat Bali, the best moment, this year, abang kata nak pegi lagi….abang suka.. Tapi this year, kita plan pegi umrah sempena 25th perkahwinan, abang plan nak pakai tuxedo dan duet lagu Hanya Satu… Hakikatnya hari ni abang dah tak de, abang pergi tinggalkan I buat selama- lamanya….I tak pernah terfikir abang akn pergi begitu cepat….tiada terduga. Selama 24 tahun, kita tak pernah berpisah lebih dari 2 minggu. Tapi kita hanya merancang kan… Allah penentu segalanya. I sayang abang kerana Allah, dunia akhirat, saudara mara, kawan2 semua sayang abang…. tapi Allah lebih lebih menyayangi abang, Dia lebih tahu, Dia ambik abang terlebih dahulu, semoga abang tenang ditaman- taman syurga yg lebih indah dari dunia ini. Ya Allah, ampunilah segala dosa2 suamiku, tempatkan dia bersama org2 beriman & soleh….😭 Semuga kita bertemu lagi disana… Abang tunggu I tau….I nk jumpa abang lagi….rindu abang.. I akn ingat pesan2 abang, I janji kena kuat demi utk menjaga peninggalan abang iaitu….zuriat2 kita….mereka jugak rindukan papa. Semuga kita sekeluarga dapat bertemu lagi disyurga. In Shaa Allah. Al- Fatihah. Darinya kita datang, kepadanya kita pulang. JOHAN NAWAWI 1966-2017

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on Apr 8, 2017 at 9:15am PDT

 

Kami di SURIA juga turut terkesan apabila membaca kapsyen itu dan doa kami supaya Nora sentiasa cekal dan tabah menghadapi liku-liku kehidupan yang bakal ditempuhinya selepas ini. Semoga Nora akan terus bangkit, bangkit dan bangkit demi anak-anak yang masih memerlukan kasih sayang seorang ibu dan ayah dari Nora. 

Al-Fatihah

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!