72662

Harith Iskander di Celebrity Car Wars Musim ke-2 di Saluran HISTORY Channel! - Suria FM - Segalanya Hiburan

harith-iskander-ccws2

Sejak memenangi gelaran ‘lelaki paling kelakar di dunia’ , rezeki pelawak dan pelakon terkenal Harith Iskander semakin bertambah.

Terbaru Harith terpilih sebagai salah seorang peserta selebriti dalam pertandingan realiti TV Celebrity Car Wars di saluran History Channel. Program realiti itu yang kini kembali dengan musim kedua bakal menyaksikan Harith dan beberapa selebriti lain dari Asia Tenggara berentap dalam menunjukkan bakat dan pengetahuan automotif selain kepakaran mengendali kenderaan masing-masing untuk menjuarai tempat di Celebrity Car Wars Hall of Fame.

celebrity-car-wars-s2_celebs

Menurut Harith dia menyertai rancangan ini kerana ia lain daripada yang lain. Malah dia mengatakan bahawa ia adalah salah satu pengalaman paling menyeronokkan dalam hidupnya.

“Saya yakin kalau orang Amerika menontonnya pasti mereka juga mahu melakukannya,” jelas Harith.

Turut sama bertanding dalam rancangan ini adalah Dominic Lau, bekas VJ dan juga pengacara E-News Asia yang Harith anggap sebagai saingan terbesarnya.

4m1a9972

“Dom jauh lebih muda dan orang muda biasanya lebih kompetitif, dan berani,” tambah Harith lagi.

Antara cabaran terbesar Harith sepanjang mengikuti rancangan ini termasuklah memandu di tempat duduk sebelah kiri.

“Kadangkala agak kekok juga bila saya nak melakukan sesuatu dengan cepat, seperti menukar gear kerana saya selalu berfikir gear saya di sebelah kiri,” kata Harris sambil ketawa.

4m1a2263

Jika anda ingin menyaksikan gelagat Harith Iskander berlumba, jangan lupa menonton Celebrity Car Wars musim kedua yang disiarkan setiap Isnin di saluran HISTORY channel jam 9.55 malam.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!