Harold Bread telah melancarkan cawangan kedai mereka yang ke 23 di Lembah Klang dengan acara pembukaan di MYDIN USJ Subang jaya pada 28 Februari lalu.

Kedai roti unik berkonsepkan Eropah dengan sentuhan rasa Asia ini merupakan kedai rotu yang pertama di Lembah Klang menawarkan variasi makanan lazat seperti pastri Perancis, sandwich, roti lembut Jepun, kek gulung Swiss dan kopi segar Itali serta tidak ketinggalan kopi putih kegemaran rakyat Malaysia.

 

img_7121-copy

Setakat ini terdapat 23 cawangan Harold’s Bread di selurh Malaysia di mana 12 daripadanya terdapat di cawangan MYDIN. Pada tahun ini juga dijangka 10 lagi cawangan baru bakal di buka.

Semua roti dan pastri di Harolds di bakar segar setiap hari. Harolds juga telah mendapat sijil halal dan kesemua hidangan yang dibuat menggunakan ramuan yang bermutu tinggi.

img_7140-copy

Untuk memberikan hasil yang terbaik kepada pelanggan, Harolds bakal berkolaborasi bersama ‘Master Pastry Chefs’ dari Perancis dan Jepun melalui Akademi Harolds untuk melatih para pembuat roti disana.

Harolds Bread turut memperkenalkan hidangan signatur terbaru mereka iaitu Creme Brulee Cheese Tart yang cair di mulut, Portugese Toast, Jungle Sausage, Dark Chocolate Cake, Chocolate Mousse Cake dan juga Harold’s Signature Coffee.

Istimewa sempena pembukaan cawangan ini, dapatkan cawan kedua kopi Rabusta dari Brazil dengan potongan sebanyak 30% dan padankan dengan muffin yang berharga RM1 setiap satu. Anda juga boleh suai padan 3 jenis pastri pada harga RM5.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!