88489

Harris Keifli Bangga Memiliki Wajah Seiras Syafiq Kyle - Suria FM - Segalanya Hiburan

Remaja lelaki ini sering disalah sangka oleh ramai orang yang menyangka dirinya adalah pelakon popular Syafiq Kyle.

Harris Keifli, 21 mengakui tempias populariti yang diraih Syafiq turut terkena padanya apabila ada peminat yang tersalah sangka dirinya adalah Syafiq.

“Ada peminat Syafiq yang nak bergambar dengan saya sebab menyangkakan saya adalah Syafiq. Malah ada juga yang membayar bil saya secara diam-diam apabila saya pergi makan”, jelasnya kepada SURIA.

Kata Harris lagi, dirinya sering ditegur berwajah sama seperti Syafiq semenjak drama NUR menjadi fenomena. Di Instagram, ramai netizen yang menghantar mesej peribadi ingin berkenalan dengannya.

Ada juga wanita yang minta untuk menjalin hubungan cinta dengannya, namun permintaan itu ditolak secara baik oleh Harris kerana dirinya sudah berpunya.

Ditanya adakah kekasih hatinya tidak cemburu dengan perhatian yang diberikan kepadanya, kata Harris dia bersyukur kerana teman wanitanya itu seorang yang sangat memahami.

Harris juga turut meluahkan minatnya untuk menjadi seorang pelakon, malah menjadikan Syafiq Kyle sebagai idolanya.

Haa! Apa lagi, kepada penerbit-penerbit drama serta pengarah di luar sana, boleh la ambil Harris sebagai pelakon kalau ada watak untuk jadi adik kepada Syafiq. Mesti nampak seperti adik-beradik kandung.

Kepada Harris, andai satu hari nanti anda terjun ke bidang glamor, jangan sekali-kali lupa diri dan hanyut dalam populariti. Industri hiburan ini sangat mencabar, andai terhanyut pasti membawa padah.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!