89025

“Haters Are Losers” – Nabila Huda - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bila bercakap pasal aktres yang seorang ini, pastinya ramai yang mengetahui tentang ketelusannya dalam berbicara terutamanya cara beliau membalas komen-komen netizen di Instagram.

Baru-baru ini kecoh sebentar di akaun Instagram pelakon yang ibu kepada Keisha Laila ini apabila netizen mempertikaian fesyen yang digayakannya ke KL Fashion Week 2018.

Namun Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil ini tidak hanya berdiam diri melihat komen-komen daripada ‘haters’. Beliau telah membalas komen-komen itu dengan pedas.

Berpeluang bertemu empat mata dengan Abil di majlis pelancaran siri terbaru atas talian Iflix yang berjudul KL Gangster Underworld, pihak media telah mendapatkan komen Abil mengenai hal tersebut.

Menurut Abil, beliau melihat perkara itu sebagai sesuatu yang menghiburkan untuk dirinya.

“Saya jadikan benda tu sebagai keseronokan untuk saya baca. Bila saya baca saya ketawa dan tunjuk pada suami saya.

Ia sangat menghiburkan untuk baca komen-komen dari orang yang sebenarnya tak ada ‘life’ yang kerja mereka ‘stalk’ Instagram orang saja. Pada saya ‘they are losers'”, jelasnya.

Ditanya adakah dia tidak mahu mengambil pendekatan untuk menutup ruangan komen di Instagramnya seperti yang sering dilakukan oleh beberapa selebriti lain, katanya dia tidak perlu untuk berbuat sedemikian.

“Saya nak tutup buat apa? Biarkan mereka, kerena mereka ada hak untuk cakap apa-apa. Asalkan mereka bahagia dan ‘happy’, suka hati mereka. Saya okay dan gembira dengan hidup saya”, terangnya.

Cayalah Abil, biarkan ‘haters’ di luar sana berkata-kata. Lama kelamaan nanti penatlah mereka.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!