72267

Hati 'The Flash' Milik Wanita Sabah - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon Hollywood yang memegang peranan utama sebagai adiwira ‘The Flash’, Thomas Grant Gustin telah bertunang dengan seorang wanita tempatan yang berasal dari Sabah.

3fc80a8a00000578-4460526-showing_off_that_bling_la_as_she_goes_by_called_her_bestie_lee_r-a-6_1493567034069

Wanita yang mempunyai darah campuran Kadazan dikenali sebagai Andrea Thoma dikatakan telah menayang cincin pertunangannya di dalam sekeping gambar yang dimuatnaiknya di Instagram.

_20170511_211337

Dia turut memuatnaik foto bersama ahli keluarganya yang memakai pakaian tradisional Kadazan yang dipercayai diambil di kampung ibunya iaitu di Kampung Kolopis di Penampang berdekatan Kota Kinabalu.

screen-shot-2017-05-11-at-9-27-55-pm

Di dalam gambarnya yang lain, dia telah memuatnaik gambar dirinya bersama ibu dan neneknya beserta kapsyen “Three Generations Of Majalap Women.”

“Don’t mess with us. Our ancestors are head hunters. #notkidding #kadazan #sabahan #borneo,” tulisnya.

 

_20170511_211246

Nama Thomas mula meledak selepas beliau membintangi siri televisyen terkenal ‘The Flash’ yang kini memasuki musim ketiga.

_20170511_211235

Tahniah Suria ucapkan kepada Thomas dan Andrea.

 

Sumber : The Star Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!