72223

Hazama Akan Berkongsi Tentang 'Aku Yang Sebenar' Secara LIVE - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebelum ini penyanyi yang bersuara serak-serak basah iaitu Hazama mengakui bahawa isterinya, Genervie Kam telah mengalami keguguran di awal kehamilan pada bulan Mac yang lalu.

7n_hazamatamatzaman00

Hazama yang kini sedang bekerja keras dalam memantapkan vokal dua orang protege beliau iaitu Usop dan Balqis menerusi program realiti anjuran TV3 Malaysia.

Walau bagaimanapun ia bukanlah penghalang buat jejaka berkulit manis ini untuk terus berkarya dalam industri hiburan apabila single terbaru beliau iaitu ‘Aku Yang Sebenar’ bakal menerjah tidak lama lagi.

hazama

Apa yang lebih menariknya lagi, Hazama juga bakal mengadakan akustik secara LIVE menerusi Insta Stories di akaun Instagram miliknya @mrhazama1 pada 27 April 2017, jam 9 malam.

hazama1

Apa yang difahamkan, lirik lagi ‘Aku Yang Sebenar’ ini adalah hasil dari AD Samad, komposernya bukan calang-calang orang iaitu Dato’ M Nasir dan produser bagi lagu ini pula merupakan seorang ahli kumpulan Meet Uncle Hussain iaitu Taja.

Kepada semua peminat-peminat Hazama disekitar Lembah Klang, jangan lupa saksikan persembahan beliau di PERKARANGAN MYDIN USJ SUBANG JAYA bersempena dengan Konsert Jelajah Suria 10 Tahun pada 29 April 2017 (Sabtu), jam 8 malam!

Jumpa anda disana!!

18157569_1375296429195635_8064553933659503843_n

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!