85139

Haziq Putera Band Kemalangan – Tulang Rusuk Kiri Patah, Paru-paru Bocor & kepala Berdarah - Suria FM - Segalanya Hiburan

Vokalis Putera Band, Muhammad Haziq Putera, 19, dikejarkan ke Wad Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas terbabit dalam kemalangan di Setapak, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Menurut ibunya, Norhaslinda Ishak, 40 yang merupakan bekas ahli anggota kumpulan Eva, anaknya menunggang motosikal untuk keluar membeli makanan sebelum terbabit dalam kemalangan berdekatan kawasan kediaman mereka.

whatsapp-image-2018-03-01-at-3-16-13-pm

“Ketika ini, saya masih menunggu untuk mendapatkan pengesahan daripada doktor sama ada Haziq perlu dibedah berikutan kecederaan yang dialaminya.

“Selain kepalanya yang berdarah, tulang rusuk kirinya juga patah. Ketika ini, pernafasan anak saya juga terganggu akibat paru-parunya yang bocor,” katanya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Marilah kita sama-sama mendoakan semoga Haziq yang merupakan sepupu kepada penyanyi Aiman Tino ini kembali pulih seperti biasa.

Sumber : Berita Harian

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!