85054

"Helena Adalah Rezeki Terbesar Saya" – Hael Husaini Dedikasikan AJL Buat Anak - Suria FM - Segalanya Hiburan

Baru sahaja menjulang trofi Anugerah Juara Lagu edisi ke 32 (AJL32) malam tadi, Hael Husaini mendedikasikan AJL32 kepada anak angkatnya iaitu Helena.

Kata Hael sejak Helena hadir dalam hidupnya, rezeki yang diberikan Allah kepada tidak henti-henti.

whatsapp-image-2018-02-12-at-8-15-36-pm

“AJL kali ini saya dedikasikan kepada Helena sebab saya tak boleh bayangkan macam mana hidup saya semenjak datangnya Helena sampai sekarang rezeki saya tidak henti-henti.

Allah dah tentukan kenapa saya bertemu Helena dan segala ini terjadi. Pada awalnya saya berasa begitu takut untuk memikul tanggungjawab ini. Tetapi rezeki iyu datang dan 100 peratus saya boleh katakan ini semua untuk dia”, jelas Hael.

whatsapp-image-2018-02-12-at-8-15-36-pm-1

Tahniah sekali lagi dari SURIA. Semoga dengan kemenangan di AJL32 membuka lebih banyak peluang dan pintu rezeki yang luas kepada Hael Husaini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!