89549

Henry Golding Duduk Di Barisan Hadapan Bersama Editor Majalah Vogue - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon asal Malaysia yang meledak di bumi Hollywood selepas membintangi filem Crazy Rich Asians iaitu Henry Golding sekali lagi menjadi perhatian dunia.

Terbaru beliau dilihat duduk di barisan hadapan pertunjukan fesyen Tom Ford sewaktu menghadiri Minggu Fesyen New York.

Lebih mengagumkan beliau duduk bersebelahan dengan editor majalah fesyen tersohor dunia, Vogue iaitu Anna Wintour. Malah Henry turut diapit oleh penyanyi terkenal Cardi B.

Anna Wintour merupakan antara individu paling penting dalam setiap pertunjukan fesyen dan hanya akan diletakkan duduk di barisan hadapan bersama selebriti kelas A Hollywood dan juga Permaisuri Elizabeth.

Ternyata Henry Golding sedang mengukir namanya dengan begitu gah di bumi Hollywood. Pereka fesyen terkemuka seperti Tom Ford juga sering menyarungkan sut rekaannya di tubuh Henry.

 

Mana tahu mungkin rezeki Henry untuk menjadi wajah baru kempen Tom Ford pada masa akan datang? Malaysia Boleh!

 

Jom sertai kemeriahan Jelajah Suria yang Dikecohkan oleh Team Pagi Suria bersama para penyampai Suria dan barisan selebriti popular di lokasi-lokasi terpilih.

Pada mereka yang tidak sempat bersama kami, dengarkan siaran langsung Jelajah Suria di frekuensi negeri anda pada hari yang sama jam 5 petang.

Klik di sini untuk info lanjut .https://www.suria.my/promos/jelajah-suria-siri-kedua/

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!