89067

Henry Golding Harumkan Nama Malaysia Di Bumi Hollywood - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nama pelakon kelahiran Malaysia, Henry Golding sedang menjadi bualan hangat di seluruh dunia gara-gara filem Hollywood terbaru lakonan beliau iaitu Crazy Rich Asians.

Baru sahaja ditayangkan di Amerika Syarikat, filem itu lantas menjadi bualan ramai.

Henry dan pelakon yang lain sering dijemput ke rancagan-rancangan popular di sana seperti Ellen dan Jimmy Fallon.

Malah wajahnya turut dirakam untuk muka hadapan majalah terkenal di Amerika Syarikat seperti Entertaiment Weekly.

Henry dalam salah satu temubualnya bersama Hollywood Reporter turut berkongsi tentang Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang amat diminatinya sejak kecil.

Tahniah SURIA ucapkan kepada Henry Golding kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia selepas Tan Sri Michelle Yeoh yang terlebih dahulu mengukir nama di bumi Hollywood.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!